Pengikut

Jumaat, 10 April 2009

Pulih tenaga batin lelaki

Pulih tenaga batin lelaki

Oleh AMREE AHMAD

Biarpun dicaci, Bonda sudah rawat lebih 1,000 lelaki lemah seks.



BONDA menunjukkan minyak ramuan akar-akar kayu untuk urutan batin.


SEGALA-GALANYA bermula ketika dia pulang ke Kampung Kelola di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang lebih tiga dekad lalu. Waktu itu dalam usia baru 27 tahun, Ummul Hana hairan dengan pujian penduduk setempat terhadap moyangnya yang digelar Tok Pawang Daud.

“Saya nak tahu kenapa orang kampung sering kata Tok Aki hebat. Lalu masa dia sedang mengasah parang panjang, saya cuba tanya,” bicaranya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai Bonda ketika ditemui di rumahnya di Bachang, Melaka.

Akibatnya, kepala beliau nyaris bercerai daripada badan. Apa tidaknya, soalan tersebut menyebabkan moyangnya itu menghayun parang hampir mengenai leher Bonda. Ironi, Tok Aki cuma senyum semacam tahu cicitnya itu bakal mewarisi ilmu urut keluarganya.

Dari situ barulah Bonda faham tindakan Tok Aki nyaris memenggal kepalanya itu kerana tergamam mendengar soalan tersebut. Walhal semua anak lelakinya seumur hidup tidak pernah malah takut bertanyakan rahsia kehebatan bapa mereka itu.

“Bukan sembarangan orang boleh belajar waima cucunya sendiri pun tidak tahu.

“Namun Tok Aki akhirnya mendedahkan segala misteri dan rahsia urut batin diwariskan untuk Bonda pula agar ilmunya itu tidak ‘putus’ setelah dia meninggal dunia,” imbaunya lagi.

Bayangkan untuk ‘pelajaran’ pertama, Tok Aki membuka bungkusan kain putih mengandungi teras kayu merbau sebesar lengan orang dewasa. Ia diukir berkilat menyerupai kemaluan lelaki yang lengkap dengan urat, bulu halus, biji zakar dan lubang kencing.

Hari ini dalam usia 60 tahun, Bonda nyata bukan calang-calang tukang urut dan mungkin bomoh wanita tunggal di Malaysia.

Beliau hingga kini telah memulihkan lebih 1,000 zakar lelaki bermasalah termasuk kes mati pucuk kronik yang gagal dirawat pakar perubatan moden.

“Wanita biasa barangkali akan malu tetapi Bonda rasa sebaliknya. Tugas ini Bonda buat demi membantu masyarakat dan bukan untuk memuaskan nafsu seks.

“Agaknya sebab itu Tok Aki ‘berani’ ajar malah Tok Aki tahu ilmu tersebut tidak akan disalahgunakan,” katanya jujur.

Selepas tiga tahun berguru dengan Tok Aki, ibu tunggal dengan lima anak itu kemudian membuka dua buah salon rawatan kecantikan wanita di ibu kota. Bonda cuma menjadi bomoh urut sepenuh masa pada usia 40-an hasil simpanan wang bisnes salonnya itu.

Kerjaya urut alat kelamin yang diusahakannya hanya bermula sebaik saja dia pulang ke tanah air setelah memperoleh segulung diploma.

Bonda ialah graduan bidang kaji saraf dan seksologi dari sebuah sekolah perubatan ternama di Jakarta, Indonesia pada awal 1980-an.

“Mungkin sebab itu ribuan klien lebih yakin kerana Bonda tidak sekadar menumpang nama Tok Aki. Cara kerja Bonda juga profesional malah Bonda membuat ‘perjanjian’ tidak sekali-kali jatuh cinta dengan pesakit biar macam mana hebat sekalipun zakar mereka,” selorohnya.

Bagi mendapatkan rawatan, bakal pelanggan perlu menghubunginya terlebih dulu untuk temu janji.

Sebelum datang, Bonda akan bertanya pelbagai perkara peribadi khasnya sejarah diri sama ada pernah mengalami kecederaan di mana-mana anggota badan.

Setiap rawatan lazimnya mengambil masa tiga sesi dan satu sesi biasanya berlangsung sekitar sejam mengikut tahap keseriusan masalah.


BONDA menerangkan kedudukan urat saraf pesakit yang bermasalah sebelum memberikan rawatan.



Bagi keselesaan klien, Bonda tidak menetapkan waktu khusus untuk rawatan malah kadar bayaran juga boleh dirunding.

“Tidak hairanlah ada pesakit yang datang tengah malam atau menjelang subuh sebelum pergi kerja. Ada juga yang datang dari Brunei, Sarawak dan Singapura. Mereka sanggup tunggu Bonda untuk menetapkan waktu rawatan,” jelasnya.

Sebelum memulakan rawatan, beliau akan memeriksa setiap titik pada tubuh pesakit dan mencatatkan di beberapa lampiran kertas semakan diagnostik yang memaparkan rajah anggota badan. Tanda O bermaksud tiada kesakitan dirasai sementara tanda X bererti ada kesakitan.

Bonda memang amat teliti dan tidak kekok membetulkan balik urat pada kerandung zakar jika alat kelamin itu didapati bengkok beberapa darjah tanpa pelanggan itu berasa sakit atau terangsang nafsu. Kebanyakan kes yang dirawatnya, menurut Bonda, adalah akibat suka melakukan onani.

“Secara jujur, Bonda agak sedih apabila mendapati banyak tukang urut seks di pasaran boleh menyebabkan pesakit mereka ketagih melakukan onani.

“Ini diakui pelanggan yang jumpa Bonda selepas mendapatkan rawatan dengan bomoh ‘palsu’ itu,” tegasnya kesal.

Justeru, beliau melahirkan kebimbangan mengenai trend onani di kalangan generasi muda kerana berdasarkan pengalaman ketika memulihkan zakar ribuan pesakit itu ia menunjukkan 80 peratus remaja mengalami masalah mati pucuk kerana gemar melancap.

Malangnya, usaha Bonda merawat zakar lelaki kerap dianggap tidak bermoral. Bonda pernah dicaci termasuk menerima panggilan berbaur lucah.

Namun beliau tetap tabah kerana berpegang kepada amanat Tok Aki yang yakin niat Bonda menjadi garis sempadan.

Meskipun sudah memulihkan ribuan lelaki daripada umur serendah belasan tahun hingga orang kenamaan berusia emas, Bonda merendah diri menasihatkan golongan lelaki lemah batin supaya jangan malu membicarakan isu kelamin asalkan mengikut saluran yang sepatutnya.



INFO

PETUA BONDA

-Ukuran batang zakar yang panjang bukan penentu kepada tahap kepuasan suami dan isteri ketika melakukan hubungan seksual. Justeru, elak pengambilan ubat tertentu untuk memanjangkan zakar kerana dibimbangi ia boleh menyebabkan kesan sampingan.

-Lelaki yang gemar melakukan onani kan mengakibatkan kerandut zakar mereka menjadi keras dan berkeping sekali gus menjejaskan fungsi aliran air kencing.

-Makan dan Minum perlu seimbang. Pastikan kadar makanan daripada sumber panas seperti daging dan kacang diambil sejajar dengan nilai kuantiti hidangan yang berasaskan sumber sejuk seperti tembikai dan timun.

-Sentiasa melihat corak pancutan air kencing ketika membuang air kecil. Anda mungkin bermasalah dengan zakar jika kerap atau langsung gagal kencing selain arah pancutan bercabang, bengkok sebelah atau masih ada baki meleleh selepas kencing.

-batang zakar yang normal lazim akan menegang sebaik bangun daripada tidur pada waktu pagi dan terangsang secara terkawal apabila melihat punggung wanita cantik.

-Pengambilan makanan berasaskan rempah berkari adalah baik untuk memanaskan tubuh sebelum membuat hubungan kelamin dan menjadikan lelaki lebih tahan lama. Juga amalkan meminum segelas susu segar sebelum dan selepas bangun tidur.

-Jaga pernafasan ketika bersetubuh. Teknik yang betul ialah tahan nafas untuk berkumpul di paru-paru dan lepaskan perlahan-lahan bagi merangsang hati dan seterusnya memberi isyarat kepada otak untuk menegangkan zakar sebelum memancutkan air mani.

-Elak terus mandi sejurus melakukan hubungan jimak kerana ini boleh menyebabkab alat kelamin yang masih panas itu tina-tiba sejuk. Kata Bonda, ia boleh merosakkan alat kelamin lelaki!

36 ulasan:

  1. assalamualaikum wat bonda... sye nk tnye nie yg tdi tu ckp tips untuk elakkan mati pucuk tpi klau dh mati pucuk cam ne plak???lbh2 lgi mati pucuk dsbbkn onani (trend remaja zaman skang) cam ne plak eehh??? sye arap bonda jawab soalan secepat mgkn ye klau bh miggu nie gak...sye nk jwpn cpt sbb nnti sye blk asrama ari ahad..please.... sye nk taw sgt..

    BalasPadam
  2. mcmana nk dptkan rawatan dari bonda
    budin_5245@yahoo.com

    BalasPadam
  3. salam bonda,
    saya hadapi masalah lemah syawat,belum berkawin dan berumur 40 tahun.
    harap dapat bantu saya. terima kasih.
    email - grsaidmanaf@gmail.com

    BalasPadam
  4. salam bonda,
    sy pesakit darah tinggi baru berusia 33 tahun.. selepas mengambil ubat darah tinggi lebih kurang 9 bulan, sy dapati ketegangan zakar sy tidak seperti dulu... mohon bonda komen masalah sy ini.. adakah masalah sy ini boleh dirawat..

    BalasPadam
  5. assalam bonda.
    sye ingin mendapatkan rawatan.
    harap bonda boleh bagi jawapan secepat mungkin.
    A.S.A.P

    BalasPadam
  6. Bonda..macam mana nk dptkn rawwtan bonda? mie_sensei@yahoo.com

    BalasPadam
  7. pesakit kencing manis yang mati pucuk boleh dirawat kah?

    BalasPadam
  8. Salam bonda...sy memerlukan rawatan ini..bagaimana hendak berurusan dengan bonda...harap bonda dapat memberi jawapan yang secepat mungkin..

    BalasPadam
  9. Salam bonda...sy memerlukan rawatan ini..bagaimana hendak berurusan dengan bonda...harap bonda dapat memberi jawapan yang secepat mungkin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Salam..bagaimana utk sy dptkn rawatan ini ya...

    BalasPadam
  12. Salam bonda ...bagaimana untuk mendapatkan rawatan ini

    BalasPadam
  13. Salam bonda Mcm mana saya nak dapatkan Rawatan ini

    BalasPadam
  14. Ingin lebih power,tahan,gagah perkasa..Pernahkah anda terfikir?.Pasangan anda X puas di RANJANG,RAMAI WANITA..X PUAS X keras,X Kembang,X Panjang,X Tahan,Ubat mati pucuk,Naikan Nafsu SYAHWAT...JGN SIA2KAN PASANGAN ANDA?tahan, cepat panjut,X keras,X Kembang,.isteri merana, beli produk power sekarang.
    http://mylombong.com/produklelaki/pam-hidro-waterbuddy.html
    http://mylombong.com/produklelaki/

    BalasPadam
  15. Ingin lebih power,tahan,gagah perkasa..Pernahkah anda terfikir?.Pasangan anda X puas di RANJANG,RAMAI WANITA..X PUAS X keras,X Kembang,X Panjang,X Tahan,Ubat mati pucuk,Naikan Nafsu SYAHWAT...JGN SIA2KAN PASANGAN ANDA?tahan, cepat panjut,X keras,X Kembang,.isteri merana, beli produk power sekarang.
    http://mylombong.com/produklelaki/pam-hidro-waterbuddy.html
    http://mylombong.com/produklelaki/

    BalasPadam
  16. Bagaimana nak dptkan rawatan?sipetcinot@yahoo.com

    BalasPadam
  17. salam bonda..no tel plez...sy ingin drawat

    BalasPadam
  18. salam bonda..no tel plez...sy ingin drawat

    BalasPadam
  19. salam bonda..no tel plez...sy ingin drawat

    BalasPadam
  20. saya nak dapatkan rawatan hairisalleh61@gmail.com

    BalasPadam
  21. Assalam Bonda

    Saya ingin mendapatkan rawatan dari bonda.
    Boleh saya tau bagaimana caranya?
    Mohon pertolongan

    zafranams@google.com

    BalasPadam
  22. saya nk dapatkan rawatan...bagaimana caranya..: nightrider6929@yahoo.com

    BalasPadam
  23. saya juga ingin mendapatkan rawatan dari bonda. harap dapat bantu saya.

    matjaar32@gmail.com

    BalasPadam
  24. Macam mana nk mendapatkan rawatan bonda
    Cara sy nk kontek bonda
    Pliz

    BalasPadam
  25. bonda,saya adalah salah seorang yang memerlukan rawatan bonda harap dapat maklum balas dari bonda,,iszmael95@gmail.com

    BalasPadam
  26. Saya nak buat rawatan dimana tempat

    BalasPadam
  27. As'salam bonda...saya nak buat rawatan...are_long88ke@yahoo.com

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. salam..bonda saya memerlukan rawatan dari bonda.saya ada masalah tenaga batin..ujangnan@gmail.com

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum bonda
    Bonda, sy memerlukan rawatan bonda bg mengatasi masalah tenaga batin sy.
    Sy blh dihubungi menerusi email : duda_mail@yahoo.com.
    Semoga pencarian sy pd kali ini berhasil.

    BalasPadam
  31. salam

    mohon dikongsikan pengalaman bg yg telah mendapatkan rawatan dari bonda

    terima kasih

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum... bonda... saya mengalami masalah gemar melakukan onani... dan saya mengalami pelbagai masalah... jika saya melihat wanita saya :berkeinginan' tetapi 'adik' saya tidak menegang... saya mula takut dan mencuba beberapa urutan yang disyorkan di beberapa laman web yang saya baca... tetapi saya tidak konsisten mengamalkan urutan2 tersebut kerana takut tersalah mengurut urat... dan saya bimbang sekiranya saya akan berterusan begini sehingga saya mendirikan rumah tangga nanti... saya sudah tekad berhenti daripada onani dan ingin kan kehidupan yang normal seperti lelaki lain...

    Jika bonda berkelapangan no saye 01123339115....

    BalasPadam
  33. saya dah kahwin tapi ada masaalah cepat pancut dan kencing bercabang.macam mana nak dapatkan rawatan.dan kos rawatan ini berapa,tempoh rawatan berapa lama,kesan kesembuhan dari rawatan mengambil masa berapa lama?mohon bonda dapat beri jawapan .email:mk_ejja608@yahoo.com

    BalasPadam
  34. Cpt bg taw kt mana nk buat rawatan tu.. adik900321@gmail.com

    BalasPadam
  35. Askm bonda sy dr Mlka...mcm mane nak dptkan rawatan...mohon dpt penjelasan. Nie no sy 016-6311625 atau email :nuaryl@gmail.com

    BalasPadam